Irfan's Reader (s)

Wednesday, July 3, 2019

Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute mak cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer mak.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian nenek...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Mak kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih camni. Terus rasa down giler emak, tau irfan :( Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga anak² 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Emak. Automatik mak plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru Mak rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa mak. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time Mak jaga dia sepanjang mak cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.

Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji emak. Setiap hari mak nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran mak dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran emak.

End up...buat mak rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(



Babysitter Baru Irfan




Story masa 2nd day of Chinese New Year awal bulan February lepas. Masa ni weols tengah on the way balik kampung. Last minute koooo.... berebut² berkemas. Ambil peluang time cuti CNY. Husband plak, venture je la dia ke luar daerah tanpa submit borang cuti ke luar daerah. Nasib dia tak on call duty time tu. Kalau tak....abeh laaaa.

Why rushing balik? Sebab kena ambil kazen Mak (sebelah nenek Rabiah) di kampung untuk jaga Irfan dan baby. Babysitter yg sedia ada berhenti kerja. Ada story gak disebalik why dia berhenti kerja, kalau ikutkan deal, in March dia last kerja. If dia still nak sambung jaga....in June baru start lagi.

Apa story disebaliknya, biarlah weols sekeluarga je tahu ye. Hihi. For me, we as her boss berhak letakkan syarat since gaji di demanded terlampau tinggi. Dan dia as a worker, yup...hak dia untuk end her service sekiranya rasa syarat tu dia tak berkenan.




So back ke story balik kampung ambil kazen mak tu tadi, memandangkan jadi dari Serian - Sri Aman tahap yaaaaa ampunnnnnn, teruk bebenor jalannya. Kan emak dah sarat mengandung.... tak dapat koooo drive laju² & terhentak kuat. Sudahnya dari pukul 10am gerak, sampai Sri Aman pukul 3pm. 5 hours journey...ko ghase?

Tu belum sampai lagi tu. Baru half way. Dari Sri aman, ke Engkelili/Lubok Antu plak tu....Aduhai. End up,  pukul 5pm baru weols finally sampai kampung halaman emak Mak. Tak sempat plak nak ambil gambar kampung. Rushing. Hihi.

Almost 1 hour di kampung, then weols terus gerak balik Kuching. 6pm gerak sampai Kuching 11:30pm....bayangkan. 12 hours plus journey overall. Giler letih weh. Dahlah esok kerja dan Mak tak sihat sebab dari day 1 CNY, Emak memang kena Asthma dah. So end up, ambil emergency sick leave koooo emak. Huhu









Tadaaaa! Ni ler dia Irfan's new babysitter merangkap kazen sendiri. Christina Mandang nama dia. Syukur sangat² Allah swt permudahkan pencarian babysitter. Kalau tak risau mak. Berhenti kerja is not an option bila kau banyak commitment dan kau ada emak untuk kau sara. Takkan nak semuanya bergantung dgn suami. Kesian suami. Mampu dia tanggung kami sekeluarga, part tanggungjawap Zie dari segi kewangan untuk emak zie.... tak mampu dia nak bagi sebanyak yg zie bagi & support emak zie setiap bulan. Dahlah Mikail ke sekolah swasta...paham² je la perbelanjaan yuran bulanan sekolah swasta. Bayar rumah & kereta 3 buah lagi...bills lagi. Takkan nak harapkan suami je.

So Mak tak nak pentingkan diri sendiri, emak still ada tanggungjawap. So... resign is not an option. Syukur sangat² kazen mak ni dia tak demand gaji. Dia terima je brapa weols kami ikut budget weols. Alhamdulillah. Terus dapat babysitter yang dapat tolong mak jaga Irfan siang dan malam. Felt so thankful. Ditatang bagai minyak yg penuh! ♥

Awal mak gtaw dia, termasuk tahun ni...contract dia dengan dia selama 4 tahun je. Kira dia hanya jaga irfan & baby utk Tahun 2019 & 2020 je. Tahun 2021, Irfan dah masuk tadika Tahun 4. So tinggal jaga adik Mikayla je sampai lah Mikayla masuk tadika. Lepas tu andai kata dia tak nak cari kerja lain and nak balik kampung je....then up to her lah.

Harap berjalan lancar semua yg di rancang ni. Amin.





Pertama Kali Irfan Ke Doktor Gigi



Risau dengan gigi irfan yg appeared berkerak (tak nak nanti akan jadi gigi buruk ler plak), Zie called nearby dental clinic di area rumah weols. Paling dekat adalah Klinik Pakar Pergigian Anmas (KPP Anmas)...tak sampai pun 5 minit drive.

Set appointment untuk 2 orang terus. Untuk baby Irfan dan untuk diri sendiri. Zie nak cuci gigi actually. Lama dah tak cuci sebelum mula berkerak. Haha.




First time gak lah Zie ke KPP Anmas ni actually. Selalu ke klinik gigi area satok je. Zie pergi di branch Sukma dorang. Sampai je, environment kat sini amat menyenangkan. Di ruang menunggu (lupa plak nak snap) ada mini playground untuk budak²

...apa lagi Irfannnn....syorga je dia memanjat di situ.




Dentist dan staff kat sini semuanya friendly. Haaa...sure tertanya² siapa perempuan yang memangku Irfan tu kan? Dia babysitter Irfan, kazen zie sebelah emak. Yup, she an Ibanese ♥ Masa CNY aritu, Zie ke last minute balik kampung sekeluarga sebab nak ambil kazen zie ni.

Yang tu...in next entry zie storykan ye. Ada story disebalik pengambilan dia untuk jadi babysitter anak² weols. huhu.

Berbalik pada Irfan... uols tengok tu muka dia. Bukan reti takut dengan orang. Senyum² gelak² je dia di suruh buka mulut.





Selepas banyak kali percubaan untuk dia buka mulut, akhirnya weols give up. Dentist tu hanya dapat check je, Tp untuk process cuci stained di gigi dia tu.... memang tak dapat ler. Sebab irfan tak nak buka mulut. If di paksa pun, dgn keadaan dia meronta².... camno tu nak cuci kan. Betul tak? Haha

So zie consult lerrr dengan dentist tu. Camne nak kasi stained di gigi dia tu hilang sebab memang setiap hari berus gigi dia. Asal dia makan je, sekali berus gigi. Dentist hanya nasihatkan untuk kerapkan cuci gigi dan kurangkan makanan manis.

Actually Irfan memang belum lagi makan makanan manis. Baru je umur 1 tahun 4 bulan....hilang akal ke apa bagi dia makanan manis². So zie gtaw dentist, memang zie belum lagi bagi dia makan makanan manis. Then dia kata, susu pun boleh mempengaruhi gak.

Terus Zie teringat, jangan² gara² tukar ke Susu Anmum Kurma jadi gitu kot. Sebab sebelum ni, dia menyusu susu Anmum Madu. Then doktor nasihatkan tukar balik ke susu lama, which is Anmum Madu tu la. So yup...tukar terus once yg kurma tu dah habis.

Ni video dia time di Klinik gigi Anmas tu. Mudahan lah stained di gigi tok mengakibatkan gigi dia jadi buruk. Risau zie dibuatnya taw. Senangkan kita yg dewasa ni sakit gigi lagi tak dpt tahan. Inikan pulak baby. Walapun zie tak pernah rasa (mintak jauh arrr kena sakit gigi) macam mana rasa sakit gigi...

tengok orang yg sakit gigi pun dah tahu sakit dia macam mana. Sampai bengkak muka koooo. ko ghase? Takpe, tunggu dia besar sikit, dah tahu erti buka mulut...baru bawa dia jumpa dentist. Mikail elok je gigi,....putih bersih.

Kena ke adik...berkerak. haha! Bukan tak beruskan gigi dia tau. Berus but still gak jadi gitu...nak buat camno.... huhu. Siapa ada tips utk hilangkan kerak gigi, sudi² ler kongsi tips tu ye. Makasi in advance... XOXO ♥




Harta Dunia Akhirat


Sejuk je mata bila tengok anak² tengah nyenyak tido. Tetiba cam rasa bangga je dapat lahirkan dorang ni dengan Izin Allah swt. Pinjaman dari Allah swt yang takde tolok bandingnya....priceless. Si abang, tahun ni nak masuk 6 tahun dah dia. Si adik plak, hari Ahad tadi... genap sudah dia berumur 5 bulan

...cepat je masa berlalu, kan. Sedar² dan besar dah dorang dan kita ni pun dah semakin tua. Tetiba rasa nak nyanyi lagu Fin Jamal - Arjuna Beta lah. Kena sangat dgn dorg tengah tido. Hihi

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Wednesday, January 24, 2018

Irfan Kena Injection


Last week, pada 3 haribulan Januari... bawa Irfan monthly check-up di nearby KKIA untuk injection bulan ke-2 dia. Kali ni, good boy anak mama ni nak ke klinik. Tak merengek dia nangis walaupun time tu dia tengah tido. Terpaksa kejutkan dia tido. Biasanya if dia tengah tido, kau kejutkan...

...memang kompom ler dia melalak nangis. terus jadi baby boss dia, bossy! haha.




Alololo... cian dia. Menangis sekejapppp je dia tadi. Masa kena cucuk tu menjerit dia nangis sampai hilang suara dia. Lepas Zie pujuk dia...senyap terus dia. Walaupun dia still mencebik cebik tahan sakit. hihi. This is for your own good, sayang mama.

...kalau tak, takde nya mama sanggup tengok dia nangis sakit.





Balik dari Klinik, weols terus gi makan. Baru dapat lunch...huhu. Kebulur tahap apa entah Zie. Having lunch pun kat nearby house je. Malas nak drive jauh jauh. Pening kepala. Hehe. Irfan lunch susu je. Sebelum keluar dari keta, breastfeed dia dulu.

Satu je yg best breast feeding. Tak yah bawa bekalan susu, air panas bagai. Just bawa pampes and romper n wet tissue je. Semua sumbat kat dalam bag Zie. So takde nya bawa diaper bag. Zie jenis malas nak bawa ^_^




Alololo sayang! Tengok mata dia uols. Still terkandung air mata dia. Sakit sangat ye sayang mama. Tapi dia tak merengek lagi lah. Bagi dia puting, terus tido dia lepas tu. So Zie dan emak bergilir² makan, mak makan dulu. Lepas tu baru zie. Sebab nak gendong Irfan.

Payah nak makan sambil gendong Irfan. Makanan asyik terjatuh kat tudung je. Hihi




Terpaksa Bagi Irfan Puting...



Sebolehnya, zie tak nak bagi Irfan hisap puting. 1st...takut mencacatkan pembentukkan gusi dan gigi dia. 2nd reason... dari sudut kebersihan tak begitu bersih. Why? Sebab katakanlah puting tu jatuh... if kita tak perasan puting tu jatuh, budak² sure akan ambil je and masukkan balik di dalam mulut...huhu. Kotorrrr....

....but what to do. Since Irfan tak macam abang dia. Dulu abang dia totally tak nak puting. Mati² dia hanya nakkan puting zie je utk ulitkan mata dia tido. Huhu. Berlainan plak dgn Irfan....irfan, dia tak kesah, puting zie ke puting bohong ke...dia terima je. Tak memilihi...alaskan ada something utk dia hisap² ulitkan mata dia.




Zie pilih brand Avent ni utk puting dia. Masa dalam pantang, husband beli brand Tommee Tippee... 0-3m dia belikan. Tapi terlampau besar plak zie tengok plus tak begitu soft. Thats why lepas habis je pantang, zie sendiri yg pilih. If brand Tommee Tippee takde yg jenis zie nak... 

...no hal brand lain. Asalkan ada jenis yg zie nak dan lembut.So zie pilih dari brand Philips Avent ni. Ada 2 jenis utk 0-6m. satu, jenis biasa² je...satu lagi jenis Ultra Soft. In where ultra soft ni mahal lagi dari yg jenis biasa. Semestinya zie ambil yg jenis Ultra Soft ni.





Jenis puting ginie yg zie nak. Meleper sikit. Yg Tommee Tippe yg husband belikan dulu tu...jenis hujung dia bulat. Tak suka...haha. So highly recommended kat uols para ibu bapa utk pilih yg jenis mcm nie utk baby uols ea. Approved by para dentist ni...tak mencacatkan pembentukkan gusi or pertumbuhan. 

...totally safe. No worries ~


Ni... Irfan tengah ulitkan mata dia. Syok je dia hisap. Lembut ea sayang mama. Hihi. Zie hanya bagi Irfan hisap puting ni bila dia merengek nangis tak dapat dipujuk². sebab zie sebenarnya tak nak dia terbiasa dgn puting. Nanti payah nak pisahkan dia dgn puting dia. 

...macam abang dia yg terbiasa dgn kain lampin. Sampai skrg still lagi tak dapat pisahkan abang dia dgn kain lampin. Huhuhu. Lain anak, lain tabiat dia kan...hihi


Rezeki Baby Irfan




On last Friday hari tu, bini big boss masuk office. 1st time jumpa zie selepas zie balik dari Maternity Leave. So chit chat lerrr weols tetang Irfan. Sempat gak Zie show dia gambar² irfan. Actually, sebolehnya zie nak elakkan dari bercerita tentang anak...sebab anak dia (boss kecik weols), dah hampir 6 tahun kahwin... still lagi anak dia dapat anak dan dorg sangat² inginkan cucu...

...tu yg takut dia terasa je. But since, dia yg bring out the topic. Zie try to have a normal conversation dgn dia. Huhu.





Lepas habis chit chat dgn bini big boss, dia naik atas (bilik big boss) kejap. Lepas tu turun bawah lagi and terus masuk ke work station zie dan sembunyi² dia pass this red envelope....awww. Terkejut zie. Sempat plak bini boss kiss pipi zie. Haha. Weols memang rapat.

...mana taknya. Dah 15 tahun zie keja dgn husband dia. Dah rasa mcm anak sendiri katanya...awww. Hihi. susah nak dapat boss baik mcm dorg sekeluarga ni taw. Sebab tu zie bertahan di sini selama 15 tahun ^_^




Taraaaa!!! Alhamdulillah... rezeki Irfan. RM100 dia dapat. Semakin bertambah ler akaun Tabung Haji dia. Duit pemberian orang buat anak, sebaiknya jangan kita mak bapak guna. Tu hak anak.Kita sekadar penjaga amanah utk dorg sampailah dorg dah boleh managed sendiri kewangan dorg dgn bijak...

...sebab zie lahir je anak, weols laki bini terus bukakan akaun Tabung Haji dorg. Why akaun Tabung Haji bukan ASPN ke ASB ke etc... sebab nak ambil berkat. Biar berkat duit anak dalam tabung haji plus takya dorg susah² buka lagi akaun tabung haji once dah besar.

Apa² pun... thanks dear Mrs. Chan for this "Red Envelope". Me and my husband appreciate it so much! 



About Me

My photo
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12