Irfan's Reader (s)

Wednesday, July 3, 2019

Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute mak cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer mak.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian nenek...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Mak kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih camni. Terus rasa down giler emak, tau irfan :( Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga anak² 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Emak. Automatik mak plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru Mak rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa mak. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time Mak jaga dia sepanjang mak cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.

Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji emak. Setiap hari mak nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran mak dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran emak.

End up...buat mak rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12