Irfan's Reader (s)

Monday, August 19, 2019

Kasut LED Pertama Dia



First time beli kasut anak dari oversea a.k.a dari China. Hihi. Beli kasut LED....sebab nak tengok Irfan excited kasut dia kelip kelip. Warna merah tetap menjadi pujaan hati Zie walaupun sejak dah tua ni, jarang dah nak sarung baju merah. Suka sarung hitam je selalunya. Bukan apa....nak ilusi kurus gitu. 

Sekarang badan dan berisi...huhu. Stress! 







As expected. Kalau beli benda alah ginie ginie dari China, confirmmmmm lah ada adaaaaa je yang tak functioning. Nyampah. Huhu. Sebelah okay, berfungsi dengan jayanya. Sebelah lagi....pemalas! Tidur dia tak berkelip kelip. Hahahaha. Rasanya batteri mati dah kot.

Nanti la Zie beli battery baru. Tunggu ada duit banyak ke Mr DIY. Nama je kedai murah Mr DIY tu, tapi bersaka taw. Kalau uols pasang niat nak beli Battery macam Zie ni, dari budget just RM3-RM5 jer kan...terus jadi RM100 keatas. Benci nah.

Sebab tu ler kena tunggu ada duit lebih banyakkkkkk baru nak pijak kedai bela saka tu. Hahahaha.  




Tengok...excited giler dia pakai walaupun hanya sebelah je berkelip kelip... hehe.





Muka Cina tapi Melayu...inilah Borneo! Hehehehe. Anak Zie sorang ni je gitu...lain dari yang lain. Sebab dia ikut mata sepet bulat bapak dia. Kulit, dia gak yang paling putih. Rambut plak, blonde. Take after his late Grandpa. 

Dia ni gak ler satu²nya berlesing pipit. Abang & adik dia berlesung dagu macam Zie. Abang & Adik dia ikut mata Zie, besar. Dia je yang lain dari yang lain. Perangai pun lain dari yang lain gak. Hahaha. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang pandai...InshaAllah ♥


Wednesday, August 14, 2019

Injection Vaksin Japanese Encephalitis (JE)




Awal Zie standby mini USB fan...hehe. Sebab di KKIA, lama nah aircond kat situ tak di repair. Guna Kipas angin je....1 je kipas angin untuk the whole ruang menunggu... mana cukup untuk ibu² dan anak². Takpe, free kita pergi check up kesihatan anak² kat sini, bersyukur apa ada nya ye, uols. Sebab tu la Zie bawa kipas angin sendiri.

Hanya Zie sorang je yang bawa. Terus kakak nurse tu gtaw yang lain "Haaa...puan² semua ikut macam dia ye. Bawa kipas angin macam tu sendiri sekiranya tak nak panas. Kalau ada dekat rumah"... Alahai, segan iols semua mata pandang kite. Haha.

Semalam petang, Irfan ada injection untuk vaksin JE. Last dia terima vaksin di KKIA...lepas ni just monitor BMI dia dan kesihatan dia je. InshaAllah, ada rezeki lebih nanti...nak bawa dia ke klinik luar, utk injection vaksin Pneumococcal plak. Dah survery harga, RM260 per dose. Ada  2 dos, FYI




Habis je urusan di KKIA, terus pecut ambil Mikayla di nursery. Actually nursery tutup pada pukul 5:30pm. Suka je nak ambik Mikayla balik awal. Sebelum pukul 3pm, Zie ambil Mikayla. Zie memang macam ni, andai kata Zie half day kerja. Selesa je urusan, terus ambil Mikayla.

Bagi Zie, rehat Zie adalah bersama² dengan anak². Tak perlu berhitung nah tentang masa di nursery yang kita dah bayar tu. Masa dengan anak² jauh lebih berharga bagi Zie.





On the way ambil adik dia, pengsan dia tidur. Haha. Oh yeah, masa Irfan terima injection tu kan...tak nangis weh dia. Siap tengok lagi nurse cucuk lengan dia tu. Tapi lepas habis...haaa merengek sikit dia. Maybe terasa nyilu kot. Tangan dia luruskan je, tak nak dia bengkok²kan. Haha.

...terus manja mintak di gendong. Bila Zie dah gendong. Senyap dia. Berat dia plak, 11.30kg. Nurse kata, dialah baby yang paling besar bagi umur dia (1 tahun 9 bulan) yang pernah dia attend, katanya. Aah...Irfan memang. Besar lagi dari usia dia. Hahaha. 




Alololo....sayang emak si bungsu emak bapak ni ♥ Flu dia....dah almost a month dah. Dah berapa kali gak bawa dia jumpa Pead dia. Still pead dia bagi nasal drop je...ubat cair kahak, ada dia bagi. Tapi ubat flu takde. Yelah...untuk baby umur Mikayla.... byk oral medications are restricted for infants. Huhu. Paham.

So Zie just guna iliadin nasal drop je untuk dia. Once ada bunyi² hingus tersumbat, sedut guna nasal aspirator. Gitu je lah caranya. Nak google petua orang dulu² untuk ubati baby flu nanti.



Thursday, July 4, 2019

Irfan Terpaksa Dikeluarkan Dari Nursery




Kesian anak emak. Akibat terlampau kerap nangis, asal ambil dia balik je...muka sedih, mata bengkak. Sudahnya....demam ko dia uols. Huhuhu. Hanya 12 hari je dia ke sekolah. Antibodi dia belum kuat lagi kot. Plus dia belum terbiasa gak bangun awal² pagi.

Kurang tido, kerap nangis...sudahnya, demam ler makanan dia. Hmmmm.





Like always, bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic. Since bapak dia on night shift, so bapak dia sendiri yang jaga di rumah. Tak perlu Zie ambil cuti. 2 hari Zie tak hantar dia gi nursery.





Hari Isnin aritu, okay dah dia. Kebah dah demam dia. Just tinggal flu & batuk sikit. Memandangkan husband off day hari tu, husband sudah sia still rehat je. So husband bawa Irfan ke rumah emak dia di Segedup. Dapat dia main denga abang Furqan dia.

Everything just fine. Hari Selasa dia masuk sekolah balik. Then drama tangis start lagi ler. Huhu. Jumaat pagi, terima whatsapp dari Cikgu dia informed Irfan demam lagi. Kali ni panas teruk. Walhal baru je baik dari demam...




Zie called ler emak informed yang Irfan demam lagi. Mendapat lerrrr Zie kena bebel dengan emak. Emak mintak Irfan dikeluarkan dari Nursery. Sebelum ni, emak memang tak suruh weols hantar Irfan ke nursery. Dia jaga katanya sebab Irfan dah biasa dengan dia. Sebab dia takut kes camni ler.... Irfan asyik nangis cari dia, end up demam. 

Setiap minggu demam dia sejak hantar ke nursery. Kesian anak. Teruk Zie kena bebel emak Zie. Zie terpaksa akur, ikut cakap emak keluarkan Irfan dari nursery. Adik dia jer yg stay di nursery. Sebab nak resign pun, bukannya akan selesaikan masalah, satu masalah lagi timbul nanti - masalah kewangan! Huhu





Sebelah malamnya, sekali lagi weols bawa Irfan ke B.Teo Child Specialist Clinic. Kali ni Zie mintak antibiotik. Aritu doktor tak bagi sebab demam menurun. Bila doktor dgr dia kenak demam panas sekali lagi...kali ni memang must on antibiotik.

Nasib yuran untuk bulan July, dapat refund.So duit yuran untuk irfan tu, bagi emak je. Since emak jaga. Ada gak dia extra duit selain dari duit nafkah Zie bagi kat dia. Plan nak cari personal babysitter lagi untuk datang ke rumah... tapi fobia.

Takut nanti babysitter yg jadi raja. Takpe, tahun ni dan tahun depan je emak jaga. Lepas tu Irfan masuk tadika dah. Lagipun Irfan dah senang di jaga. Tahu bawa diri. Nasib bukan Mikayla yg kena ginie. Kalau tak...nak tak nak, memang resign zie. Takkan emak nak jaga baby kan. Bukan senang jaga baby. Letih. Sebab tu Mikayla stay di nursery sampai dia masuk tadika.

Harap kekal gitu ler hendaknya as planned.



Wednesday, July 3, 2019

Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute mak cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer mak.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian nenek...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Mak kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih camni. Terus rasa down giler emak, tau irfan :( Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga anak² 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Emak. Automatik mak plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru Mak rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa mak. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time Mak jaga dia sepanjang mak cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.

Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji emak. Setiap hari mak nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran mak dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran emak.

End up...buat mak rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(



Babysitter Baru Irfan




Story masa 2nd day of Chinese New Year awal bulan February lepas. Masa ni weols tengah on the way balik kampung. Last minute koooo.... berebut² berkemas. Ambil peluang time cuti CNY. Husband plak, venture je la dia ke luar daerah tanpa submit borang cuti ke luar daerah. Nasib dia tak on call duty time tu. Kalau tak....abeh laaaa.

Why rushing balik? Sebab kena ambil kazen Mak (sebelah nenek Rabiah) di kampung untuk jaga Irfan dan baby. Babysitter yg sedia ada berhenti kerja. Ada story gak disebalik why dia berhenti kerja, kalau ikutkan deal, in March dia last kerja. If dia still nak sambung jaga....in June baru start lagi.

Apa story disebaliknya, biarlah weols sekeluarga je tahu ye. Hihi. For me, we as her boss berhak letakkan syarat since gaji di demanded terlampau tinggi. Dan dia as a worker, yup...hak dia untuk end her service sekiranya rasa syarat tu dia tak berkenan.




So back ke story balik kampung ambil kazen mak tu tadi, memandangkan jadi dari Serian - Sri Aman tahap yaaaaa ampunnnnnn, teruk bebenor jalannya. Kan emak dah sarat mengandung.... tak dapat koooo drive laju² & terhentak kuat. Sudahnya dari pukul 10am gerak, sampai Sri Aman pukul 3pm. 5 hours journey...ko ghase?

Tu belum sampai lagi tu. Baru half way. Dari Sri aman, ke Engkelili/Lubok Antu plak tu....Aduhai. End up,  pukul 5pm baru weols finally sampai kampung halaman emak Mak. Tak sempat plak nak ambil gambar kampung. Rushing. Hihi.

Almost 1 hour di kampung, then weols terus gerak balik Kuching. 6pm gerak sampai Kuching 11:30pm....bayangkan. 12 hours plus journey overall. Giler letih weh. Dahlah esok kerja dan Mak tak sihat sebab dari day 1 CNY, Emak memang kena Asthma dah. So end up, ambil emergency sick leave koooo emak. Huhu









Tadaaaa! Ni ler dia Irfan's new babysitter merangkap kazen sendiri. Christina Mandang nama dia. Syukur sangat² Allah swt permudahkan pencarian babysitter. Kalau tak risau mak. Berhenti kerja is not an option bila kau banyak commitment dan kau ada emak untuk kau sara. Takkan nak semuanya bergantung dgn suami. Kesian suami. Mampu dia tanggung kami sekeluarga, part tanggungjawap Zie dari segi kewangan untuk emak zie.... tak mampu dia nak bagi sebanyak yg zie bagi & support emak zie setiap bulan. Dahlah Mikail ke sekolah swasta...paham² je la perbelanjaan yuran bulanan sekolah swasta. Bayar rumah & kereta 3 buah lagi...bills lagi. Takkan nak harapkan suami je.

So Mak tak nak pentingkan diri sendiri, emak still ada tanggungjawap. So... resign is not an option. Syukur sangat² kazen mak ni dia tak demand gaji. Dia terima je brapa weols kami ikut budget weols. Alhamdulillah. Terus dapat babysitter yang dapat tolong mak jaga Irfan siang dan malam. Felt so thankful. Ditatang bagai minyak yg penuh! ♥

Awal mak gtaw dia, termasuk tahun ni...contract dia dengan dia selama 4 tahun je. Kira dia hanya jaga irfan & baby utk Tahun 2019 & 2020 je. Tahun 2021, Irfan dah masuk tadika Tahun 4. So tinggal jaga adik Mikayla je sampai lah Mikayla masuk tadika. Lepas tu andai kata dia tak nak cari kerja lain and nak balik kampung je....then up to her lah.

Harap berjalan lancar semua yg di rancang ni. Amin.





Pertama Kali Irfan Ke Doktor Gigi



Risau dengan gigi irfan yg appeared berkerak (tak nak nanti akan jadi gigi buruk ler plak), Zie called nearby dental clinic di area rumah weols. Paling dekat adalah Klinik Pakar Pergigian Anmas (KPP Anmas)...tak sampai pun 5 minit drive.

Set appointment untuk 2 orang terus. Untuk baby Irfan dan untuk diri sendiri. Zie nak cuci gigi actually. Lama dah tak cuci sebelum mula berkerak. Haha.




First time gak lah Zie ke KPP Anmas ni actually. Selalu ke klinik gigi area satok je. Zie pergi di branch Sukma dorang. Sampai je, environment kat sini amat menyenangkan. Di ruang menunggu (lupa plak nak snap) ada mini playground untuk budak²

...apa lagi Irfannnn....syorga je dia memanjat di situ.




Dentist dan staff kat sini semuanya friendly. Haaa...sure tertanya² siapa perempuan yang memangku Irfan tu kan? Dia babysitter Irfan, kazen zie sebelah emak. Yup, she an Ibanese ♥ Masa CNY aritu, Zie ke last minute balik kampung sekeluarga sebab nak ambil kazen zie ni.

Yang tu...in next entry zie storykan ye. Ada story disebalik pengambilan dia untuk jadi babysitter anak² weols. huhu.

Berbalik pada Irfan... uols tengok tu muka dia. Bukan reti takut dengan orang. Senyum² gelak² je dia di suruh buka mulut.





Selepas banyak kali percubaan untuk dia buka mulut, akhirnya weols give up. Dentist tu hanya dapat check je, Tp untuk process cuci stained di gigi dia tu.... memang tak dapat ler. Sebab irfan tak nak buka mulut. If di paksa pun, dgn keadaan dia meronta².... camno tu nak cuci kan. Betul tak? Haha

So zie consult lerrr dengan dentist tu. Camne nak kasi stained di gigi dia tu hilang sebab memang setiap hari berus gigi dia. Asal dia makan je, sekali berus gigi. Dentist hanya nasihatkan untuk kerapkan cuci gigi dan kurangkan makanan manis.

Actually Irfan memang belum lagi makan makanan manis. Baru je umur 1 tahun 4 bulan....hilang akal ke apa bagi dia makanan manis². So zie gtaw dentist, memang zie belum lagi bagi dia makan makanan manis. Then dia kata, susu pun boleh mempengaruhi gak.

Terus Zie teringat, jangan² gara² tukar ke Susu Anmum Kurma jadi gitu kot. Sebab sebelum ni, dia menyusu susu Anmum Madu. Then doktor nasihatkan tukar balik ke susu lama, which is Anmum Madu tu la. So yup...tukar terus once yg kurma tu dah habis.

Ni video dia time di Klinik gigi Anmas tu. Mudahan lah stained di gigi tok mengakibatkan gigi dia jadi buruk. Risau zie dibuatnya taw. Senangkan kita yg dewasa ni sakit gigi lagi tak dpt tahan. Inikan pulak baby. Walapun zie tak pernah rasa (mintak jauh arrr kena sakit gigi) macam mana rasa sakit gigi...

tengok orang yg sakit gigi pun dah tahu sakit dia macam mana. Sampai bengkak muka koooo. ko ghase? Takpe, tunggu dia besar sikit, dah tahu erti buka mulut...baru bawa dia jumpa dentist. Mikail elok je gigi,....putih bersih.

Kena ke adik...berkerak. haha! Bukan tak beruskan gigi dia tau. Berus but still gak jadi gitu...nak buat camno.... huhu. Siapa ada tips utk hilangkan kerak gigi, sudi² ler kongsi tips tu ye. Makasi in advance... XOXO ♥




Harta Dunia Akhirat


Sejuk je mata bila tengok anak² tengah nyenyak tido. Tetiba cam rasa bangga je dapat lahirkan dorang ni dengan Izin Allah swt. Pinjaman dari Allah swt yang takde tolok bandingnya....priceless. Si abang, tahun ni nak masuk 6 tahun dah dia. Si adik plak, hari Ahad tadi... genap sudah dia berumur 5 bulan

...cepat je masa berlalu, kan. Sedar² dan besar dah dorang dan kita ni pun dah semakin tua. Tetiba rasa nak nyanyi lagu Fin Jamal - Arjuna Beta lah. Kena sangat dgn dorg tengah tido. Hihi

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

About Me

My photo
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12